Kejohanan Catur Piala Presiden 2026
Kejohanan Catur Piala Presiden 2026
Jom sahut cabaran di Kejohanan Catur Piala Presiden Persatuan Catur Negeri Pahang 2026 (FIDE Rated)!
Rebut hadiah tunai lumayan berjumlah RM5210. Sertai kami di BCIC Lodge, Kuantan pada 11-12 Julai 2026. Yuran pendaftaran hanya RM60 untuk terbuka dan RM40 untuk bawah 12 tahun.
Pilih salah satu kategori sahaja. Setiap peserta, pendaftaran adalah secara individu dan perlu diisi secara berasingan.
Daftar sekarang, tempat terhad!
Kejohanan ini adalah PAJSK Peringkat Negeri Pahang
- Format kejohanan adalah Rapid dengan kawalan masa 25 minit, 9 pusingan.
- Peserta perlu memakai kasut sepanjang kejohanan.
- Peserta lelaki perlu memakai baju berkolar melainkan baju yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
- Peserta perempuan perlu memakai pakaian sopan dan kemas.
- Untuk kategori terbuka, peserta wajib mempunyai FIDE ID.